
The Star memetik laporan VERA Files yang diterbitkan wartawan Filipina berhubung penahanan Datu Mohammad Abduljabbar Sema, 26, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Bangkok, pada 24 November lalu.
Dia kini ditahan di sebuah lokasi dirahsiakan.
Datu Mohammad adalah cendekiawan Islam dan anak kepada Pengerusi MNLF, Muslimin Sema serta ahli kongres wanita daerah pertama Maguindanao, Bai Sandra Sema.
Muslimin adalah bekas datuk bandar Cotabato City dan dianggap anggota Suruhanjaya Peralihan Bangsamoro, manakala ibunya adalah suku Sinsuat yang berpengaruh di Maguindanao.
Menurut laporan VERA Files, Bai Sandra cuba membebaskan anaknya menerusi proses pengampunan daripada Presiden Filipina, manakala Muslimin mendapatkan bantuan Penasihat Presiden berkaitan Proses Damai, Jesus Dureza.
Bulan lalu, Manila menghantar wakil penguatkuasaan undang-undangnya ke sini untuk mengambil keterangan Datu Mohammad.
Lebih 12 suspek dipercayai ahli Kumpulan Maute terbabit dalam pengeboman di pasar malam Davao City yang mengorbankan 15 orang dan mencederakan 69 mangsa lain.
Tujuh suspek sudah ditahan di Filipina, pada Oktober lalu.