Kerajaan bakal pinda akta libatkan hampir 500 IPTS

Kerajaan bakal pinda akta libatkan hampir 500 IPTS

Pindaan lebih menyeluruh tingkatkan kelestarian dan daya saing IPTS - teraju inovasi pendidikan seperti program 'twinning' dan pendidikan 'transnasional'

idris-judoh
PUTRAJAYA:
Kementerian Pendidikan Tinggi akan membuat pindaan kepada Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) di parlimen Mac nanti.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pindaan itu bertujuan memastikan sektor pendidikan tinggi swasta kekal kompetitif dan berdaya saing.

“Sesungguhnya, sektor pengajian tinggi swasta memainkan peranan yang penting dalam lanskap pendidikan tinggi negara. IPTS telah menerajui inovasi pendidikan seperti program ‘twinning’ dan pendidikan ‘transnasional’.

“Dahulunya IPTS mengimport pendidikan dari luar, kini IPTS sendiri mengeksport pendidikan Malaysia ke seluruh dunia. Saya sukacita memaklumkan bahawa kementerian akan membentangkan pindaan Akta 555 dalam sesi parlimen bulan Mac ini,” katanya semasa ucapan Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017 di Putrajaya hari ini.

Katanya, sehingga kini, terdapat hampir 500 institusi IPTS di seluruh negara.

“Sehingga 31 Disember 2016, terdapat 54 Universiti, 32 Kolej-universiti, 10 kampus cawangan, dan 400 kolej swasta yang berjumlah 496 di seluruh negara.

“Pindaan Akta 555 kali ini adalah lebih menyeluruh dan akan memperkemaskan amalan pengawalseliaan, prosedur kelulusan permohonan, serta menyentuh aspek pemilikan dan tenaga kerja,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.