
Dr Edward Chan yang juga presiden Persatuan Psikoterapi Malaysia berkata ini kerana tahap testosteron dalam badan yang menentukan kemaskulinan seseorang boleh berkurangan sekiranya zakar tidak berfungsi dengan baik.
“Sebaik sahaja seorang lelaki tidak boleh beronani dan tidak mempunyai fantasi seksual dan melibatkan diri dalam perbuatan seksual, nafsunya akan menyusut,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas beberapa insiden kesilapan dalam prosedur berkhatan baru-baru ini yang melibatkan kanak-kanak.
“Kanak-kanak lelaki boleh berubah lembut disebabkan tahap testosteron yang menurun,” kata Chan.
Chan berkata kecederaan kepada zakar akan memberi kesan psikologi yang besar kepada mangsa. “Ia akan memberi kesan kepada keyakinan orang itu, menjejaskan keupayaannya untuk mengalami keseronokan seksual.”
Beliau berkata sesetengah akan mengalami kemurungan yang teruk dalam sebahagian besar kehidupan mereka. Oleh kerana itu, katanya, sokongan ibu bapa adalah penting bagi kanak-kanak untuk menghadapi kesedihan.
“Tetapi mereka akan memerlukan bantuan profesional,” katanya. “Mereka perlu rujuk pakar psikologi kerana sesetengah daripada mereka mungkin tidak dapat menerima tragedi itu.”
Bulan lepas, zakar seorang budak lelaki berusia 10 tahun itu telah terputus semasa berkhatan, tetapi ia telah disambung semula mealui proses pembedahan di Hospital Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun tidak begitu bernasib baik dalam satu lagi kes baru-baru ini. Zakarnya yang terputus itu tidak dapat disambung.
Pada 8 Jan, Kementerian Kesihatan mengesahkan kes ketiga seorang budak lelaki – zakarnya telah rosak semasa majlis berkhatan beramai-ramai di sebuah surau pada 25 November lalu.
Beliau telah dibawa ke hospital untuk rawatan selepas ibu bapa ternampak pendarahan dari luka berkhatan dan air kencing yang mengalir dari pembukaan palsu di bahagian bawah zakarnya. Kementerian telah mengatakan siasatan kes itu sedang dijalankan.
Dalam kedua-dua kes, prosedur telah dijalankan oleh doktor perubatan konvensional. Adalah tidak disahkan sama ada seorang doktor atau pengamal tradisional terlibat dalam kes ketiga.