
Ketua Umno Bahagian Bagan Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin berkata, ia sekali gus menolak dakwaan yang seramai 200 ahli Umno dari Kampung Tok Sani keluar parti dan menyertai PPBM.
“Saya menghantar 2 ahli bahagian pada majlis itu untuk melihat bekas ahli yang didakwa Umno,” kata Shaik Hussein kepada FMT.
“Dan mereka dapati hanya kira-kira 10 orang sahaja dari Tok Sani.
“Mereka tidak mengenali kebanyakan lain yang hadir, manakala mereka yang menjadi ahli adalah dari bahagian lain di sekitar Pulau Pinang.”
Turut hadir pada majlis itu ialah jurucakap penduduk kampung Ahmad Shamsuddin, yang mendakwa menjadi ahli Umno selama hampir 50 tahun.
Beliau mewakili kejiranannya menyerahkan 111 borang keahlian lengkap kepada Ahli Majlis Tertinggi PPBM Marzuki Yahaya.
Ia adalah tambahan kepada kira-kira 80 borang dikemukakan sebelum ini oleh penduduk kampung, katanya.
Menurut Shaik Hussein, Ahmad dan Marzuki merupakan bekas ahli Umno yang tidak berpuas hati yang kemudiannya menyertai PPBM untuk survival politik mereka sendiri.
“Marzuki juga tidak berpuas hati dengan hakikat beliau hilang jawatan ketua bahagian Bagan kepada saya.
“Mereka mencari platform baru untuk terus berada dalam politik dan PPBM hanyalah tempat untuk mereka mendapatkan kedudukan yang tidak diperoleh dalam Umno.
“Seperti (bekas ahli Majlis Tertinggi Umno) Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencuba banyak kali dan gagal, untuk menjadi naib presiden Umno. Jadi beliau membuka parti baru dan menjadikan dirinya timbalan presiden.”
Shaik Hussein kemudiannya mencabar Ahmad dan Marzuki mendedahkan nama penuh dan nombor kad pengenalan penduduk kampung yang didakwa bekas ahli Umno.
“Jika benar mereka bersama Umno, saya akan memaklumkan kepada orang ramai.”