Selamat tinggal Najib, kata Fahmi Reza

Selamat tinggal Najib, kata Fahmi Reza

Aktivis yang dikenakan sekatan ke luar negara oleh Jabatan Imigresen itu berkata beliau berjaya membatalkan larangan itu dan kini dalam perjalanan ke Taiwan.

bahasa,-FMT,-KL,-Malaysia,-Fahmi-Reza,-imigresen,-badut,-najib
PETALING JAYA: Selepas bersusah payah berjuang tanpa henti untuk menentang larangan ke luar negara yang dikenakan kepadanya, aktivis Fahmi Reza akhirnya berjaya ke Taiwan hari ini.

“Atas usaha aku tak henti-henti cuba lawan ‘travel ban’ yang dikenakan ke atas aku dengan bermacam-macam cara sejak Khamis lalu, akhirnya kemenangan berpihak kepada aku.

“Sukses! Bye bye Najib, I’m flying to Taiwan. Nanti aku cerita. Sekarang nak naik pesawat,” tulisnya di akaun Facebook hari ini.

Fahmi berkata beliau menemui maklumat di laman web Jabatan Imigresen, di mana dia boleh ke pejabat imigresen terdekat iaitu di UTC Pudu untuk meminta namanya dikeluarkan daripada senarai hitam.

Seorang pegawai imigresen kemudian meminta nombor kad pengenalannya dan berkata namanya disenaraihitamkan.

Bagaimanapun, pegawai itu tidak pasti sama ada namanya dilarang ke beberapa negeri di Malaysia atau ke luar negara.

Fahmi, yang diisytiharkan tidak boleh masuk Sarawak pada 2010, berkata menerusi panggilan telefon ke imigresen Putrajaya, beliau dimaklumkan namanya tidak lagi diharamkan masuk ke negeri itu, tetapi kini tidak dibenarkan meninggalkan negara.

Katanya, polis meletakkan namanya dalam senarai “dikehendaki”, dan larangan ke luar negara berkuat kuasa sejak 31 Mac tahun lalu.

Dipercayai arahan itu dikeluarkan susulan siasatan terhadapnya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berikutan lukisan karikatur badut iras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada Sabtu, Fahmi menulis, Inspektor R meletakkan namanya dalam senarai “dikehendaki” kerana mereka mahu menyoal siasatnya tahun lalu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana beliau berada di Thailand.

Bagaimanapun, Fahmi menjelaskan kepada polis yang beliau sudah pun disoal siasat sebelum itu.

Inspektor R kemudian memaklumkan namanya akan dikeluarkan daripada senarai hitam itu, yang membolehkan Fahmi ke Taiwan, untuk menghadiri acara aktivisme seni dan rekaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.