Polis gesa 2 lelaki panjat menara komunikasi serah diri

Polis gesa 2 lelaki panjat menara komunikasi serah diri

Polis bertindak susulan video menunjukkan 2 lelaki bergayut di menara komunikasi Bukit Chendering, Kuala Terengganu menjadi viral di media sosial.

viral-telcotower
PETALING JAYA:
Dua lelaki yang memanjat menara komunikasi di Bukit Chendering, Kuala Terengganu ialah kes terbaru kegilaan golongan muda mengeksploitasi kamera dan media sosial.

Kedua-duanya yang mungkin berusia 20-an, bergayut kira-kira 500m dari tanah dalam video yang dimuat naik di YouTube.

Menurut laporan Star Online polis sedang menyiasat kedua-dua lelaki itu yang juga dipercayai menceroboh kawasan menara komunikasi Bukit Chendering.

Ketua Polis Terengganu Rosli Ab Rahman menasihatkan kedua-duanya menyerah diri kepada polis.

“Kami sedang menyiasat perkara itu dan jika benar ia berlaku di negeri ini, kami menggesa 2 lelaki terbabit tampil menyerah diri,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=vooQ8t5KTik

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata beliau bimbang dengan perbuatan aksi bahaya itu, dan siasatan terperinci terhadap ketulenan video yang dimuat naik itu dan dalangnya sedang dilakukan.

“Kami menasihatkan golongan muda berhenti mempertaruhkan nyawa dengan melakukan aksi stunt seperti itu yang membahayakan diri dan orang lain,” katanya.

Minggu lalu, sekumpulan 8 orang remaja perempuan dan lelaki memanjat papan tanda ‘Ipoh’ dan merakamkan video untuk dimuat naik ke Youtube mencetuskan kekecohan terutama dalam kalangan netizen.

Mereka dipanggil memberi keterangan kepada polis dan memohon maaf atas perbuatan mereka.

Pada 31 Disember, gambar seorang lelaki berdiri di tembok Jambatan Pulau Pinang untuk mengambil wefie bersama beberapa rakannya yang lain di lorong kecemasan, menjadi kecoh di Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.