Tabung Haji pohon kuota tambahan 8,000 jemaah

Tabung Haji pohon kuota tambahan 8,000 jemaah

Abdul Azeez berkata, jika permohonan kuota tambahan itu berjaya, TH akan mempertimbangkan untuk turut meningkatkan kuota jemaah haji bagi golongan muda.

tabung-haji
GEORGE TOWN: Tabung Haji (TH) akan memohon untuk mendapatkan kuota tambahan sebanyak 8,000 jemaah haji pada tahun ini daripada kerajaan Arab Saudi.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kuota jemaah haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi ketika ini ialah 22,320 setahun.

“Kami berharap dapat menambah bilangan tersebut sehingga 30,000 berdasarkan anggaran jumlah keseluruhan penduduk ketika ini sebanyak 30 juta,” katanya selepas merasmikan Misi Keamanan Ke Myanmar ‘Food Flotilla For Myanmar’ hari ini.

Menurutnya, beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta beberapa wakil TH akan ke Arab Saudi pada 25 Januari ini untuk membincangkan perkara itu.

“Kami akan berjumpa dengan Raja Salman (Raja Arab Saudi) dan Timbalan Putera Mahkota Mohammed Nayef serta menteri haji Saudi (Arab Saudi) untuk bincang isu ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, jika permohonan kuota tambahan itu berjaya, pihaknya akan mempertimbangkan satu mesyuarat bersama anggota Lembaga TH untuk turut meningkatkan kuota jemaah haji bagi golongan muda.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.