Kajian MCA terhadap RUU syariah siap esok

Kajian MCA terhadap RUU syariah siap esok

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dapatan kajian itu akan dibentangkan di Parlimen.

makhamah-mca
KUALA LUMPUR: Peguam yang dilantik MCA untuk mengkaji rang undang-undang (RUU) syariah yang mencetuskan kontroversi itu akan membentangkan hasil dapatan kajian mereka esok, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Presiden MCA itu berkata hasil dapatan itu kemudian akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

“Formula kejayaan BN ialah kerjasama di antara semua. Jika semua kaum mahu hidup bersama aman damai, maka mereka perlukan parti majmuk yang boleh bekerjasama.

“Kami sentiasa bersedia dan berdiri teguh dengan prinsip BN,” katanya selepas mesyuarat parti itu hari ini.

MCA menjalankan kajian itu bersama persatuan Cina. Terdahulu dilaporkan jawatankuasa undang-undang mengkaji cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 itu ditubuhkan bulan lalu.

Liow yang juga menteri pengangkutan berkata pindaan itu akan memberi kesan serius kepada sistem perundangan negara dan menjejaskan semua kaum.

MCA berjanji untuk membantah RUU itu, yang menyasarkan untuk memperkasakan kuasa mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan jenayah.

Liow mengesahkan parti itu membantah RUU berkenaan pada pembukaan perhimpunan tahunan MCA tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.