
Bagaimanapun, katanya siasatan terperinci perlu dilakukan terlebih dulu terhadap kes komplikasi berkhatan dan tindakan penggantungan itu akan dibuat jika ada bukti mencukupi berlaku kecuaian.
“Tindakan kementerian (kesihatan) ada dua iaitu melalui MMC (Majlis Perubatan Malaysia) adakah tindakan itu (prosedur berkhatan) selaras dengan profesionalisme kedoktoran. Kalau dia (doktor) tidak sampai standard, kita boleh ambil tindakan dari segi kecuaian.
“Kedua amalan kesihatan di mana setiap klinik berdaftar mereka ada kewajipan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan menjalankan operasi dengan baik, jika ada risiko daripada operasi mereka perlu mengawalnya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Batu Anam di sini hari ini.
Sebelum ini terdapat kes 2 komplikasi berkhatan dilaporkan di Kuala Lumpur membabitkan 2 kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 9 dan 10 tahun, apabila sebahagian daripada alat sulit mereka dilaporkan terputus semasa menjalani prosedur itu.
Dr Subramaniam berkata dua kes komplikasi berkhatan itu sedang dalam siasatan dan kementeriannya akan mengambil tindakan setelah siasatan selesai.
“Kementerian lihat daripada 2 tindakan tadi, tetapi kalau pihak keluarga mahu ganti rugi dan sebagainya mereka kena ambil kes (bawa kes ke mahkamah), itu luar bidang kementerian,” katanya.
Ditanya tentang dakwaan terdapat satu lagi kes komplikasi berkhatan berlaku di Selangor, beliau berkata kementeriannya akan menyiasat tentang dakwaan tersebut.
Katanya, kadar kes komplikasi berkhatan adalah rendah di negara ini dan pernah terjadi pada masa lepas, namun dengan kemajuan teknologi maklumat terutama media sosial, kes ini disebar dengan luas serta pantas sehingga menjadi perhatian umum.