Banjir di Kelantan paksa 11 sekolah terus ditutup esok

Banjir di Kelantan paksa 11 sekolah terus ditutup esok

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan berkata, 6 daripada sekolah itu terletak di daerah Pasir Mas dan 5 di Tumpat.

kelantan-banjir
KOTA BHARU: Sebanyak 11 sekolah di Kelantan ditutup esok akibat banjir, menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Menurutnya, 6 daripada sekolah itu terletak di daerah Pasir Mas dan 5 sekolah di daerah Tumpat.

Sekolah yang ditutup di daerah Pasir Mas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2, SK Gual Tinggi, SK Gual To’ Deh, SK Bakong, SK Gelang Mas dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Diniah Bonggor.

Lima sekolah yang ditutup di daerah Tumpat ialah SK Simpangan, SK Bendang Pak Yong, Sekolah Menengah Agama Nurul Huda Kajang Sebidang, SK Teluk Jering dan SK Padang Mandol.

Penutupan sekolah terbabit berikutan beberapa faktor iaitu laluan ke sekolah masih ditenggelami banjir, sekolah masih dinaiki air dan sekolah dijadikan pusat pemindahan banjir.

Mangsa banjir Terengganu meningkat semula, Kelantan berkurangan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.