Banjir: 4 sekolah di Terengganu ditutup esok

Banjir: 4 sekolah di Terengganu ditutup esok

Semua sekolah di Hulu Terengganu dan Besut yang terjejas teruk akibat banjir minggu lalu, akan dibuka esok selepas kerja pembersihan selesai petang ini.

sekolahbanjir
KUALA TERENGGANU: Hanya 4 sekolah rendah akan ditutup esok, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Katanya, 2 sekolah berkenaan ialah di Kuala Nerus, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak dan SK Bukit Guntong kerana kedua-duanya menjadi pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir.

“Sebuah sekolah di Setiu, iaitu SK Sungai Las pula ditutup kerana masalah pendawaian elektrik yang tidak selamat dan sebuah lagi di Kuala Terengganu, iaitu SK Banggol Peradong dekat Manir yang turut dijadikan pusat pemindahan banjir.

“Penutupan 4 sekolah itu melibatkan 1,970 murid, 180 guru dan 28 kakitangan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semua sekolah di daerah yang terjejas teruk akibat banjir minggu lalu, iaitu Hulu Terengganu dan Besut pula akan dibuka esok, selepas kerja pembersihan selesai petang ini.

Mangsa banjir Terengganu meningkat semula, Kelantan berkurangan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.