
Menurut laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, terdapat 9 pusat pemindahan baharu dibuka yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 52 pusat pemindahan dibuka setakat pukul 8 pagi ini.
Pemangku pengarah JKM Terengganu Rusmi Mahmood berkata sehingga kini sejumlah 1,244 keluarga terjejas akibat banjir yang mula melanda negeri ini awal pagi semalam.
“Hulu Terengganu terus mencatat peningkatan jumlah mangsa dengan penambahan 3 pusat pemindahan baharu menjadikan jumlah ketika ini ialah 2,268 mangsa dari 789 keluarga yang berada di 24 pusat pemindahan.
“Seterusnya diikuti daerah Kemaman (595 mangsa dari 141 keluarga), Marang (491 mangsa dari 128 keluarga), Besut (299 mangsa dari 72 keluarga), Setiu (296 mangsa dari 87 keluarga) dan Dungun (113 mangsa dari 27 keluarga),” katanya.