
Ibu bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Ali dan Roziah, mendakwa HKL mungkin dilengkapi peralatan diperlukan untuk menjalankan prosedur pembedahan mikro bagi proses menyambungan semula zakar.

Mereka berkata, kepakaran bagi prosedur pembedahan kompleks boleh didapati di Singapura dan Arab Saudi, tetapi HKL tidak membuat sebarang tindakan ke arah itu.
“Kami juga tidak dirujuk kepada unit kebajikan hospital untuk mendapatkan bantuan menghantar anak ke luar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata ibu bapa itu dalam satu sidang akhbar di hospital di sini bersama peguam, P Uthayakumar.
Mereka mendakwa HKL masih meneruskan pembedahan penyambungan semula zakar walaupun menyedari kekurangan kemudahan pada 15 Dis
Bagaimanapun, keadaan kanak-kanak itu bertambah buruk pada hari berikutnya apabila kepala zakar bertukar warna menjadi hitam dan pada Selasa, seluruh zakar menjadi hitam.
Ali menceritakan bagaimana beliau membawa anaknya ke sebuah klinik swasta di Jalan Ipoh pada 15 Dis, untuk berkhatan.
Doktor bagaimanapun, secara tidak sengaja memotong kepala zakar kanak-kanak itu dengan gunting.
“Beliau mengaku terpotong kepala zakar anak saya,” kata Ali.
Tambahnya, pelajar tahun 3 itu dibawa ke Hospital Ramsey Sime Darby di Kepong untuk pembedahan dan doktor dari klinik swasta berjanji menanggung sepenuhnya kos pembedahan.
“Bagaimanapun, doktor pakar di Ramsey merujuk kami kepada HKL kerana tidak mempunyai kepakaran menjalankan menjalankan prosedur itu,” katanya.
Pasangan itu merayu kepada hospital dan Kementerian Kesihatan untuk membantu anak tunggal lelakinya itu untuk pulih seperti sedia kala.
“Saya tidak mahu melihat beliau ‘cacat’, saya mahu beliau membesar sebagai seorang budak lelaki normal,” kata Ali sambil cuba menahan air mata.
“Sekurang-kurangnya bawa beliau ke luar negara untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Sementara itu, ibu kanak-kanak Rodziah berkata anaknya bertanya mengapa beliau masih dirawat di hospital selepas 16 hari.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk menjawab selain berkata doktor perlu memberikan ubat kepadanya,” katanya yang kecewa dan bimbang dengan masa depan anaknya.
Peguam keluarga Uthayakumar berkata beliau berharap HKL boleh menyediakan laporan perubatan kepada pasangan itu supaya mereka mengetahui keadaan anaknya.
Beliau juga mendakwa berikutan kecuaian semasa prosedur berkhatan di klinik, kepala zakar yang terpotong tidak dikendalikan dengan betul.
“Kami melakukan penyelidikan dalam jurnal perubatan dan mendapati kepala zakar itu perlu diletakkan di dalam beg plastik dengan ais masin,” katanya.
Satu kejadian yang sama dilaporkan pada Selasa di mana sebahagian zakar kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terputus semasa berkhatan di Kajang.
Kejadian itu berlaku pada 20 Disember di sebuah klinik di Taman Cheras Utama pada kira-kira 8.15 malam.
Doktor yang menjalankan prosedur itu menggunakan kaedah laser, secara tidak sengaja menghiris kepala zakar kanak-kanak itu.
Doktor dan bapa kemudian bergegas kanak-kanak itu ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak.
Beliau kemudian dirujuk ke HKL dari HUKM, di mana doktor berjaya menjalankan pembedahan menyambungkan semula kepala zakar.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata mereka akan menyiasat perkara itu.