
Bagi memudahkan proses penggantian untuk pelanggan, Honda Malaysia akan memperkenalkan Karavan Mudah Alih yang akan digerakkan ke seluruh negara bagi membuat penggantian serta merta, 7 hari seminggu, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Honda Malaysia akan meningkatkan lagi operasi Hab Mudah Alihnya untuk 3 pusat membeli-belah pada setiap hujung minggu di Wilayah Tengah, Johor Bahru, Kedah dan Pulau Pinang sehingga Mac 2017.
“Sebanyak 84 pengedar Honda Service bertauliah di seluruh negara akan menggerakkan syarikat bersekutu mereka untuk bertemu pelanggan yang terjejas di premis mereka sehingga Mac 2017.
“Adalah penting meneruskan kesedaran bagi menggantikan pengembung beg udara terbabit untuk membantu mempercepatkan aktiviti penggantian yang dijalankan secara percuma,” katanya.
Sehingga 28 Dis 2016, Honda Malaysia sudah menyelesaikan 71% penggantian dan memberi jaminan stok sedia ada bagi pengembung beg udara Takata di zon pemandu adalah sebanyak 100%.
Stok sedia ada untuk pengembung beg udara Takata bagi penumpang hadapan mencecah kepada hampir 70% pada Disember tahun ini.