
“Kami sudah beri arahan tertentu kepada pegawai penyiasat untuk mengumpul lebih banyak bukti sebelum kami membuat keputusan,” kata Peguam Cara Negara, Datin Paduka Zauyah Be T Loth Khan kepada FMT.
Beliau berkata, jabatan itu akan meneliti kertas siasatan untuk menentukan jika ada kes prima facie.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan Jabatan Peguam Negara meminta lebih banyak bukti, hampir 4 bulan selepas polis mengumumkan siasatan itu selesai.
Polis sebelum ini mengumumkan siasatan tamat pada 27 Ogos lalu, hanya 2 minggu selepas ibu kepada seorang mangsa terbabit membuat laporan polis berhubung dakwaan pencabulan seksual itu.
Polis merakamkan keterangan 10 orang, termasuk pelajar, pelajar didakwa menjadi mangsa itu dan pihak berkuasa dari Maahad Tahfiz Darul Barakah.
Kazim bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan jika siasatan mendapati ada kes, beliau berikrar akan mengambil tindakan terhadap pelaku terbabit, walaupun dia adalah ahli keluarganya sendiri.
Bulan lalu, Kazim menghantar surat tuntutan kepada pengadu terbabit bagi menuntut permohonan maaf atau RM8 juta sebagai ganti rugi untuk libel kerana “menjejaskan reputasi dan rekod baik sekolah itu”, termasuk reputasi agamanya.
Bekas selebriti, Wardina Safiyyah dan aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi turut menerima notis tuntutan kerana membuat dakwaan sama sehingga menjadi viral di Facebook.
Saya akan bertindak walau keluarga sendiri, Kazim jawab tuduhan