Didakwa siar ‘berita palsu’, Mesir tahan wartawan Al Jazeera

Didakwa siar ‘berita palsu’, Mesir tahan wartawan Al Jazeera

Mahmoud Hussein, 51, warganegara Mesir pulang ke Kaherah pada Selasa untuk percutian keluarganya tetapi ditahan dan disiasat di lapangan terbang selama beberapa jam sebelum dibebaskan.

Mahmoud-Hussein
KAHERAH:
Mesir memerintahkan tahanan 15 hari terhadap wartawan Al-Jazeera kerana menghasut dan memalsukan berita, kata pegawai pendakwaan semalam.

Ia langkah terkini terhadap syarikat penyiaran yang berpangkalan di Qatar itu di mana Mesir menuduhnya menyokong Ikhwan Muslimin untuk menggulingkan presiden Mohamed Morsi.

Mahmoud Hussein, 51, warganegara Mesir pulang ke Kaherah pada Selasa untuk percutian keluarganya tetapi ditahan dan disiasat di lapangan terbang selama beberapa jam sebelum dibebaskan.

Pada Jumaat, polis menyerbu rumahnya di Kaherah dan menahannya. Beliau disoal siasat sekali lagi pada Sabtu dan Ahad, sebelum pihak pendakwa memutuskan untuk menahannya.

Pegawai pendakwa berkata Mahmoud ditahan susulan siasatan yang masih dijalankan terhadap tuduhan beliau menghasut dan menyiarkan berita dan dokumentari palsu.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan tuduhan itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook.

Katanya, Mahmoud dikaitkan dengan “plot” Al Jazeera yang menyasarkan untuk “mencetuskan dan menghasut rakyat terhadap institusi negara dan menyiarkan berita palsu dalam laporan dan dokumentari”.

Pada November, Al Jazeera menyiarkan dokumentari bertajuk “The Soldiers” di mana bekas askar bercakap mengenai perkhidmatan tentera wajib di Mesir, yang menyebabkan kritikan media.

Pengarah Urusan Al Jazeera Yasser Abu Hilalah mengumumkan penahanan Mahmoud dalam satu siaran di saluran berita.
“Mahmoud sedang melawat negaranya dan tidak bekerja untuk Al Jazeera pada masa itu,” katanya dan menambah penahanan itu tidak akan menghentikan peranan profesional Al Jazeera.

“Kami akan terus membuat liputan di Mesir dan tidak akan menyerah kepada tekanan,” katanya.

Mesir mengundang kutukan antarabangsa pada 2013 apabila menahan 3 wartawan Al Jazeera, termasuk warga Kanada dan Australia, dan menjatuhkan hukuman penjara kepada mereka atas tuduhan sama.

Mereka kemudian dibebaskan.

Penahanan mereka dibuat, beberapa bulan selepas pasukan tentera mengguling Morsi yang disokong Qatar, disusuli dengan tindakan keras besar-besaran dikenakan terhadap penyokongnya dan Ikhwan Muslimin disenaraihitamkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.