BR1M macam wang ehsan, Salleh beritahu Dr M

BR1M macam wang ehsan, Salleh beritahu Dr M

Menteri komunikasi dan multimedia mengingatkan Dr Mahathir projek pemberian ‘wang ehsan’ kepada Terengganu semasa pentadbirannya pada 2000.

salleh-said-keruak-mahathir-br1m-1
PETALING JAYA:
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mempersendakan Dr Mahathir Mohamad kerana tidak dapat membezakan antara bantuan dan rasuah.

Ia susulan kenyataan bekas perdana menteri dalam laporan Sinar Harian, semalam yang mengatakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sama seperti rasuah dan ia menyalahi undang-undang, malah boleh dianggap sebagai jenayah.

Salleh berkata, beliau terperanjat dengan kenyataan itu dan mempersoalkan pemahaman Dr Mahathir terhadap bantuan yang diberikan selama ini oleh kerajaan.

“Tafsiran rasuah Dr Mahathir sesungguhnya berbeza daripada kita semua. Tidak pernah kita mendengar sesuatu yang begitu tidak masuk akal.

“Malaysia memberikan bantuan kebajikan sejak sekian lama sebelum Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981. Malah, sejak 2000 Terengganu memberi bantuan terus kepada rakyatnya dalam semua bentuk, sama seperti BR1M, walaupun ia tidak dipanggil BR1M,” Salleh berkata, sambil menambah ia adalah idea Dr Mahathir sendiri memperkenalkan “wang ehsan” yang membiayai program bantuan istimewa Terengganu.

Dana “wang ehsan” adalah diwujudkan pentadbiran Dr Mahathir selepas Barisan Nasional (BN) kehilangan kerajaan negeri itu kepada PAS pada pilihan raya umum 1999.

Ia bertujuan menggantikan bayaran royalti minyak kerana kerajaan negeri baru yang diurus dan diagihkan kerajaan persekutuan.

Mengkritikan kenyataan Dr Mahathir yang dianggap bertentangan dengan dasarnya sendiri pada 2000 di Terengganu, Salleh terus mempersoalkan dasar kerajaan masa depan jika pembangkang memenangi Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

“Adakah Dr Mahathir mengatakan jika pembangkang mendapat kuasa semua program bantuan dan kebajikan akan dimansuhkan? Dr Mahathir perlu menjelaskan perkara ini.”

Bercakap berkenaan BR1M, Salleh yang juga bendahari Umno berkata, “Bagaimana anda boleh mengklasifikasikan mana-mana program bantuan sebagai rasuah? Adakah pelepasan cukai dan rebat juga rasuah? Bagaimana pula zakat dan kebajikan?
Semuanya itu berbentuk bantuan seperti BR1M.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.