
KUNAK: Seorang kanak-kanak lelaki yang disyaki dipergunakan sindiket dadah untuk menjual bahan terlarang itu ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah di Kampung Jaya Baru, semalam.
Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kanak-kanak berumur 12 tahun itu didapati sedang duduk di sofa sambil memegang sebuah beg kecil mengandungi 6 paket plastik lutsinar disyaki syabu seberat 7gm.
“Turut dijumpai dalam milikan suspek wang tunai RM10 sebanyak 3 keping, RM5 (3 keping) serta RM1 (15 keping) yang semuanya berjumlah RM60 disyaki hasil jualan (paket kecil) dadah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nasaruddin berkata, suspek dipercayai melakukan kegiatan itu untuk pasaran tempatan, hampir setahun.