
Ahli Jawatankuasa Pusatnya, S Arutchelvan meramalkan PH yang terdiri daripada PKR, DAP serta Amanah akan berunding dengan PSM pada saat-saat akhir “dan kemudian mengemukakan pelbagai permintaan”.
“Kemudian ia akan kelihatan seolah-olah PSM adalah parti yang sukar,” kata Arutchelvan kepada FMT.
Beliau sebelum ini menasihatkan PH memulakan rundingan dengan PSM lebih awal untuk membentuk gabungan lebih besar pada PRU akan datang.
Arutchelvan turut menafikan wujud pembabitkan serius dengan PKR, seperti didakwa Tian Chua.
Naib presiden PKR itu berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan PSM yang pernah menurunkan calon pada PRU lalu di bawah tiket PKR.
“Mereka tidak hantar surat rasmi atau mengadakan perbincangan rasmi dengan kami. Malah, pada pilihan raya sebelum ini, mereka mahu kami bertanding menggunakan logo mereka. Kami tidak fikir mereka memandang kami dengan serius,” kata Arutchelvan.
Beliau berkata, PH perlu jelas dengan apa yang dimaksudkan “gabungan luas”.
“Ia sentiasa kelihatan seolah-olah mereka maksudkan perjanjian seperti 3+1. Mereka atau pihak lain di Sabah dan Sarawak tidak berhubung dengan kami dan itulah yang PSM mahu: sebuah gabungan luas dalam erti kata sebenar,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy berkata, ada banyak isu yang PH perlu selesaikan sebelum mempelawa pihak lain.
“PSM adalah parti persaudaraan selama bertahun-tahun dan kami bersetuju gabungan luas diperlukan.
“Tetapi, saya berharap mereka faham walaupun dengan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), ia mengambil banyak masa dan kami hanya menandatangani perjanjian dengan mereka baru-baru ini. Kami berharap boleh berhubung dengan semua sekutu sedia (bekerjasama dengan kami) tidak lama lagi.”
Pada 13 Disember lalu, PPBM menandatangani perjanjian dengan PH untuk membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu menentang Barisan Nasional pada PRU akan datang.
PAUTAN: