Masalah teknikal, pesawat MAS patah balik ke London

Masalah teknikal, pesawat MAS patah balik ke London

Dalam kenyataan hari ini, MAS berkata penerbangan MH1 yang menggunakan pesawat jenis A380-800 mengalami kecacatan teknikal pada satu daripada pintunya ketika terbang di ruang udara Jerman.

mh1
KUALA LUMPUR:
Penerbangan MH1 Malaysia Airlines (MAS) dari London ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow, selepas mengalami masalah teknikal malam tadi.

Dalam kenyataan hari ini, MAS berkata penerbangan MH1 yang menggunakan pesawat jenis A380-800 mengalami kecacatan teknikal pada satu daripada pintunya ketika terbang di ruang udara Jerman.

“Demi keselamatan penumpang, kapten penerbangan membuat keputusan berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow.

“Gegaran dan bunyi bising daripada pintu itu bagaimanapun tidak mempunyai risiko serta-merta,” kata kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.