Kini, Jamal sindir Siti Nurhaliza kurang subur

Kini, Jamal sindir Siti Nurhaliza kurang subur

Siti menjawab serangan seksis Jamal dan berkata ia tidak memberi sebarang kesan kepada dirinya.

jamal-siti
PETALING JAYA: Selepas kiriman laman sosial Datuk Siti Nurhaliza yang dilihat mengkritik Datuk Seri Jamal Yunos kerana melakukan “protes tuala” di Shah Alam, pemimpin Umno itu mengirim kenyataan seksis menyindir penyanyi selebriti kerana masih tidak menimang cahaya mata.

“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal dalam kiriman Whatsapp, hari ini.

Sebelum itu, Siti memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air.

“Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

“Jamal dah 4 hari tak mandi. Minta jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol,” tulis Siti.

jamal-siti2
Jamal bagaimanapun bukan individu pertama mengecam Siti. Sebelum beliau, pengguna Rafi Awang Kechik turut mengeluarkan kenyataan bersifat seksis.

Siti di laman Twitternya menyifatkan kritikan sedemikian tidak memberi sebarang kesan kepada dirinya.

“Takpe dik, biarkan mereka. Kata-kata orang macam ini tak memberi kesan pada saya sebab saya tahu mereka cakap tak guna otak yang Allah kurniakan,” tulisnya.

Jamal berkemban ke pejabat kerajaan Selangor bantah gangguan bekalan air

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.