Pesawat terhempas: Juruterbang TUDM diberi penghormatan wira

Pesawat terhempas: Juruterbang TUDM diberi penghormatan wira

Ahli keluarga Mejar Kayamboo Chellam turut menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi” ketika juruterbang TUDM itu dikebumikan di Batu Lanchang petang tadi.

mejar-kayamboo-4
GEORGE TOWN:
Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Kayamboo Chellam diberikan majlis upacara pengebumian wira di kawasan perkuburan Hindu Batu Lanchang hari ini, dilengkapi dengan penghormatan tentera.

Beliau diberikan penghormatan tentera kerana maut ketika sedang bertugas apabila pesawat dipandunya terhempas di Butterworth semalam, sementara 3 pegawai TUDM lain cedera parah.

Kerandanya dibalut dengan Jalur Gemilang di rumahnya di Sungai Nibong dan upacara agama Hindu berlangsung di situ selama 2 jam.

Pada jam 4 petang tadi, 9 pegawai daripada Skuadron 16 TUDM membawa masuk kerandanya ke dalam kereta mayat.

Barisan pegawai tinggi dan sekurang-kurangnya 300 tentera udara berdiri dan memberikan tabik hormat ketika keranda dimasukkan ke dalam kenderaan.

Turut serta ialah Ketua Unit Sokongan Udara Leftenan Jeneral Abdul Mutalib Ab Wahab dan wanita Bakat TUDM, iaitu persatuan kebajikan yang terdiri daripada isteri pegawai TUDM.

Sejauh 10km, Kayamboo diiringi konvoi bas TUDM diiringi polis tentera ke Batu Lanchang.

Mutalib, bersama anggota TUDM lain turut sama membantu mengebumikannya.

Isterinya, S Usha, 42, dan 4 anak mereka kelihatan menangis.

Ahli keluarganya turut menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi” ketika pengebumian itu, memandangkan semalam ialah hari jadinya ke-45.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pihaknya akan memberikan sumbangan RM30,000 kepada keluarga Kayamboo sebagai menghargai perkhidmatannya kepada negara.

Kayamboo terbunuh apabila pesawat Beechcraft B200T yang dinaikinya terhempas semasa latihan penerbangan di pangkalan udara Butterworth di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang semalam.

Dalam kejadian itu, 3 lagi pegawai TUDM cedera dalam insiden pada jam 5.18 petang itu.

Kayamboo sanggup mati demi Malaysia

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.