Masalah pintu, pesawat Malaysia Airlines patah balik ke London

Masalah pintu, pesawat Malaysia Airlines patah balik ke London

Ia tidak mendatangkan risiko besar tetapi kapten pesawat mahu memastikan keselamatan penumpang.

Airbus-A380
KUALA LUMPUR:
Sebuah penerbangan Malaysia Airlines menuju Kuala Lumpur dari London terpaksa patah balik ke Lapangan Terbang Heathrow beberapa jam selepas mengalami masalah teknikal membabitkan salah satu daripada pintu pesawat.

Menurut kenyataan ringkas di lamannya, pintu pesawat Airbus A380 dalam penerbangan MH1 itu disyaki bermasalah ketika melalui ruang udara Jerman.

Malaysia Airlines bagaimanapun berkata bunyi dan getaran daripada pintu tersebut bukan berisiko, namun juruterbang mengambil keputusan patah balik ke Heathrow mengambil kira keselamatan penumpang.

Syarikat itu berkata pesawat itu akan diperiksa oleh pasukan jurutera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.