
Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau berkata kesan pengurangan pengeluaran akan diimbangi dengan kenaikan harga minyak.
“Sekarang Petronas mengeluarkan hampir 500,000 tong. Potongan tersebut di bawah 5%.
“Walaupun dipotong, kita lihat harga minyak meningkat. Mungkin kita tidak berapa nampak impaknya,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 laluan Rapid KL LRT Ampang di sini.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd Datuk Seri Azmi Abdul Aziz serta bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Dr Elias Omar.
Pada Rabu, syarikat minyak nasional itu menyatakan akan mengurangkan sehingga 20,000 tong sehari (bpd) minyak mentah daripada pengeluaran purata negara bermula Januari ini.
Petronas berkata pelarasan secara sukarela itu merupakan respons kepada persetujuan yang dicapai di Vienna, Austria, pada 10 Dis 2016 antara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) dan pengeluar bukan Opec untuk mengurangkan pengeluaran.
Petronas akan umum kuantum pengurangan pengeluaran bagi 2017