
Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) berkata apabila persatuan bola sepak negeri tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran, mereka hanya mengharapkan wang tajaan di samping dana daripada kerajaan atau anak syarikat kerajaan negeri.
Malah, Ketua Pegawai Eksekutif PPBN, Safirul Azli Abu Bakar memberitahu FMT, perkara itu turut melanda pasukan seperti Selangor dengan jumlah penyokong yang ramai dan stadium yang besar, yang menurutnya mampu sudah cukup menarik minat syarikat swasta menjadi penaja.
Menurut Safirul, pasukan bola sepak perlu memandang jauh dengan memeterai perjanjian jangka panjang bagi memastikan dana cukup untuk beberapa tahun.
“Mereka perlu berhenti cara mencari penaja untuk setahun dan sepatutnya tandatangan tajaan sekurang-kurangnya 3 tahun,” kata Safirul.
“Baru nampak ada kesinambungan. Jika tidak, masalah sama akan terjadi.”
Semalam, Persatuan Bola Sepak Selangor mengancam untuk menarik diri daripada menyertai Liga-M muslim 2017 kerana gagal mendapatkan dana bagi menampung perbelanjaan pasukan “Red Giants” itu.
Sebelum ini, pasukan Kelantan dan Perlis juga berhasrat melakukan tindakan serupa atas sebab kewangan.
Safirul berkata liga profesional merupakan acara yang memerlukan banyak wang.
“Semua orang tahu. Tapi tak ada inisiatif yang serius untuk mencari dana,” katanya.