Pembekal tunggal Mara Digital: Stok banyak, tiada aduan peniaga

Pembekal tunggal Mara Digital: Stok banyak, tiada aduan peniaga

Pengurus Besar WGN Scan berkata, stok mereka banyak dan pihaknya juga tidak mendengar keluhan daripada peniaga mengenai kurangnya stok barang.

MARA-Digital2_new600
PETALING JAYA:
Pembekal tunggal Mara Digital Mall, WGN Scan Sdn Bhd (WGN Scan) menafikan aduan peniaga pusat perniagaan IT Bumiputera di Kuala Lumpur itu menghadapi masalah “kekurangan stok”.

Sebaliknya, Pengurus Besar WGN Scan, Wan Mohd Zaffique Wan Mohd Zin berkata, stok barang banyak dan tiada keluhan daripada peniaga mengenai “ketiadaan stok”.

“Kita setiap bulan akan buat soal selidik. Peniaga akan isi borang, buat cadangan atau aduan. Tapi tak ada pun dengar stok tak cukup,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau mengulas aduan peniaga Mara Digital Mall berhubung “ketiadaan stok” daripada syarikat diberi hak tunggal membekalkan barangan di pusat jualan keperluan IT Bumiputera itu boleh mendatangkan kesan terhadap keyakinan pelanggan.

Semalam, FMT memetik peniaga, Mohamad Fadzly Rahmat sebagai berkata, masalah “kekurangan stok” menyebabkan kebanyakan pelanggannya merungut apabila barang yang dikehendaki tidak ada.

Mengulas lanjut, Zaffique bagaimanapun mengakui pihaknya menerima banyak aduan mengenai kekurangan pemasaran menyebabkan banyak pihak tidak mengetahui kewujudan Mara Digital Mall di Kuala Lumpur.

“Ramai orang tak tahu lagi mengenai Mara Digital Mall ini memang betul. Sebab kita pun tak buat pemasaran besar-besaran lagi, baru genap setahun.

“2017 kita akan masuk radio, televisyen untuk mengembangkan lagi jenama Mara Digital Mall,” katanya.

Pembekal tunggal ‘tiada stok’, keluhan peniaga Mara Digital

Mara Digital Mall catat jualan memberangsangkan RM18.4 juta

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.