
Amirul Akmam Abdul Kader, 33, bagaimanapun berkata semuanya bergantung kepada kerajinan penunggang motosikal mengambil penumpang.
“Kalau fokus 100% kita boleh dapat lebih. Bak kata pepatah Melayu, kita membanting lebih, kita dapat rezeki lebih. Ikut usaha kita,” katanya kepada FMT di ibu pejabat Dego Ride baru-baru ini.
Dego Ride mengenakan tambang serendah RM2.50 untuk jarak sejauh 3 kilometer dan tambahan RM0.60 bagi setiap 1km berikutnya dengan topi keledar, penutup kepala serta baju hujan akan disediakan kepada pelanggan.
Pengasas Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, pihaknya menerima kira-kira 200 tempahan sehari daripada pengguna Lembah Klang disebabkan faktor murah, pantas dan mudah.
Katanya, majoriti 600 pemandu sahnya terdiri daripada lelaki, manakala 70% pelanggannya pula ialah wanita.
Amirul yang baru 3 minggu bekerja sepenuh masa sebagai penunggang Dego Ride berkata, perkhidmatan itu memberi manfaat kepada pelanggan dan penunggang sah.
“Mereka (pelanggan) dapat jimatkan masa (dengan Dego Ride),” katanya yang mengesyorkan penunggang motosikal lain menyertai perkhidmatan itu bagi meraih pendapatan sampingan.
Seorang lagi penunggang sepenuh masa Dego Ride, Muhamad Syamim Mohd Said, 20, berkata, beliau memperolehi kira-kira RM60 sehari.
“(Bergantung) atas kerajinan kita. Kalau kita rajin, buat banyak dapat banyak. Saya dengar ada yang sehari boleh dapat RM150 sehingga RM200.
“Sebelum ini jumpa (iklan pekerjaan Dego Ride) dalam Facebook tengok macam berminat…saya suka kerja luar, tidak suka kerja dalam (pejabat),” katanya sambil menambah menjadi penunggang Dego Ride adalah pekerjaan pertamanya.