Pengendali umrah tuntut ganti rugi daripada Eagle Express

Pengendali umrah tuntut ganti rugi daripada Eagle Express

Alfajr Travel & Tours akan menuntut ganti rugi selepas syarikat penerbangan itu gagal mendapatkan permit mendarat, menyebabkan jemaah umrahnya terkandas

eagleexpress_Haji_6001
BATU CAVES:
Syarikat pengendali umrah, Alfajr Travel & Tours akan menuntut ganti rugi daripada Eagle Express selepas syarikat penerbangan swasta itu gagal mendapatkan permit mendarat, menyebabkan 200 peserta jemaah umrahnya terkandas.

Pengurus Mejar (B) Abdul Rashid Sarbini berkata tuntutan itu meliputi kos penginapan sementara untuk jemaah terbabit. Mereka ditempatkan di sebuah hotel di Nilai sementara menunggu penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi.

“Setakat ini kita bayar kos penginapan mereka seperti biasa,” katanya kepada FMT.

Semalam, agensi Bernama melaporkan jemaah yang terkandas sepakat akan mendapatkan nasihat peguam sebelum menentukan tindakan lanjut terhadap syarikat pendengali umrah.

Dua ratus peserta umrah terbabit terkandas sejak Isnin selepas syarikat penerbangan mereka gagal mendapatkan permit mendarat di Jeddah daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

“Masalah umrah terkandas itu kena tanya pihak Eagle Express. Dia yang menyebabkan terkandas.

“Kita punya jemaah yang lain sudah diterbangkan dan tidak ada yang terkandas,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan akan membantu mendapatkan permit mendapat itu.

FMT sedang berusaha mendapatkan respon daripada Eagle Express.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.