Gelar senator baru rasis, ahli Parlimen DAP dikecam

Gelar senator baru rasis, ahli Parlimen DAP dikecam

Ahli Parlimen Seputeh tidak layak menuduh orang lain bersikap perkauman kerana hanya berdiam diri terhadap kritikan sama yang dibuat rakan politiknya, kata Pemuda Umno.

Umno-Youth-executive-member-Shahril-Hamdan
PETALING JAYA: Ahi Parlimen DAP Teresa Kok perlu melihat dirinya sendiri sebelum menuduh senator baru dilantik, Khairul Azwan Harun bersikap perkauman, kata Pemuda Umno.

Ahli eksekutif Pemuda Umno Shahril Hamdan berkata, tindakan ahli Parlimen Seputeh dan sikap berdiam diri mengenai kenyataan perkauman daripada rakan politik, membuatkan kritikan beliau terhadap Azwan yang juga naib ketua Pemuda Umno sebagai hipokrit.

“Kok tidak layak menuduh orang lain bersifat tidak seperti negarawan atau tidak layak menduduki kerusi di Parlimen.

“Kita boleh ingat video Tahun Baru Cina 2014 beliau yang mempersendakan sistem pendidikan Malaysia dan menghina pencerobohan Lahad Datu pada 2013 yang juga mengejek pemimpin tertinggi negara,” kata Shahril dalam satu kenyataan.

“Juga sikap berdiam diri terhadap kenyataan perkauman dan anti-Melayu berterusan oleh rakan partinya seperti Nga Kor Ming berhubung kata-kata ‘hitam metalik’ terhadap menteri besar Perak video skru orang Melayu oleh Superman Hew, atau tweet tidak sensitif Jeff Ooi terhadap Allahyarham Datuk Harun Din.”

Kok mempersoalkan pelantikan Azwan sebagai senator, memetik ucapan beliau yang didakwa “perkauman” semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Azwan, memberi amaran kepada Cina akan tindak balas yang mungkin diterima sekiranya mereka terus menolak Barisan Nasional.

Beliau berkata sokongan berterusan kepada sikap “anti-Islam” DAP akan melihat Umno dan parti Bumiputera lain bakal memenangi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, sebagai contoh, kerajaan mungkin memberi kurang perhatian kepada sekolah jenis kebangsaan Cina atau boleh menghapuskan sekolah Cina sepenuhnya.

Bagaimanapun, Shahril mempertahankan pelantikan Azwan sebagai senator, mengatakan beliau mempunyai rekod yang baik dalam memperjuangkan isu belia.

“Azwan memperjuangkan isu belia selama beberapa tahun dari dalam dan luar platform Umno. Oleh itu, beliau berhak menerima pelantikan itu dan bukti kepada usaha dan pencapaian beliau,” kata Shahril.

Shahril juga berhujah tindakan Kok mempersoalkan pelantikan Azwan juga bermakna mempersoalkan penilaian Agong. Ini kerana Agong yang melantik Ahli Dewan Negara atas nasihat perdana menteri.

“Memandangkan sejarah beliau yang tidak menghormati institusi di negara kita, saya tidak akan terkejut jika beliau sama ada tidak mengetahui, atau prihatin tentang, implikasi kenyataannya,” kata Shahril.

“Kok tidak bersuara menentang kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengamalkan institusi, struktur dan sistematik perkauman melalui dasar diskriminasi terhadap orang Melayu di Pulau Pinang.

“Contohnya termasuk perobohan gerai penjaja Melayu di Teluk Bahang dan pengusiran penduduk Melayu di Kampung Mutiara.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.