
Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen George Town, Ahmad Tajuddin Zain hari ini mengeluarkan perintah tersebut ke atas suspek berusia 37 tahun itu untuk membolehkan polis meneruskan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan reman ke atas seorang lagi suspek berusia 32 tahun.
Kedua-duanya sebelum ini direman 7 hari, mulai 2 Disember lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan kes itu secepat mungkin.
Ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Ong Teik Wong dan 2 individu lain terbunuh, manakala 5 yang lain cedera apabila pengawal peribadi Ong melepaskan tembakan rambang.
Keluarga ‘Datuk’ ditembak mati akan saman syarikat pengawal keselamatan