Jepun guna hasil bumi Tanah Melayu sebagai modal perang

Jepun guna hasil bumi Tanah Melayu sebagai modal perang

Mereka turut merisik Tanah Melayu sebelum pendaratan di Kota Bharu

Khoo-Kay-Kim_japun_600
KUALA LUMPUR:
Jepun melakukan persiapan untuk menjajah Tanah Melayu sebelum 8 Disember 1941 dengan melakukan risikan dan menjadikan kekayaan hasil bumi Tanah Melayu sebagai modal melancarkan perang, kata sejarawan Tan Sri Prof Khoo Kay Kim.

Bercakap kepada FMT pada ulangtahun ke-75 pendaratan tentera Jepun di Kota Bharu, Kelantan, Kay Kim berkata terdapat banyak kedai gambar milik orang Jepun di serata Tanah Melayu.

“Mereka mengembara dan mengambil gambar. Sebab itu mereka tahu bentuk muka bumi kita.”

Pengetahuan itu menyebabkan Jepun memilih basikal sebagai pengangkutan utama askar mereka.

Beliau menambah Jepun mengumpul modal perang dengan mengambil mengambil kesempatan daripada kemewahan hasil bumi Tanah Melayu.

“Selepas Perang Dunia I, Jepun beransur-ansur menguasai ekonomi Tanah Melayu. Sebelum Perang Dunia II, Tanah Melayu merupakan wilayah terkaya Empayar British.”

Di Tanah Melayu, syarikat Jepun terbabit dalam beberapa sektor seperti perbankan dan sutera, malah menguasai beberapa sektor lain seperti perlombongan besi dan perikanan.

“Orang Jepun sangat bijak. Mereka memperkemas operasi di Jepun dan Tanah Melayu untuk memaksimumkan kecekapan kos mereka.”

“Syarikat induk di Jepun akan mendirikan operasi di Tanah Melayu bagi mengelak pihak ketiga. Besi yang dilombong di Tanah Melayu akan dihantar ke Jepun untuk dikilang dan dijual semula ke tempat lain termasuk Tanah Melayu.”

Kay Kim berkata tentera Jepun “sangat bernasih baik” tentera British tidak menempatkan pesawat untuk mempertahankan Tanah Melayu.

“Di Eropah, semasa Nazi menceroboh Rusia, perdana menteri British Winston Churchill mengambil keputusan untuk campurtangan dan bantu Rusia. Beliau mengarahkan pesawat di Tanah Melayu dihantar ke Eropah.”

“Sebab itu dua kapal perang British, Prince of Wales dan Repulse mudah ditenggelamkan, kerana tidak ada pesawat untuk melindungi mereka.”

Jepun menawan seluruh Tanah Melayu pada 31 Januari 1942. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu berakhir pada 4 September 1945.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.