Warga emas Amerika bunuh bekas isteri di hotel Brickfields

Warga emas Amerika bunuh bekas isteri di hotel Brickfields

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

murder-case
KUALA LUMPUR:
Seorang warga emas warganegara Amerika Syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bekas isterinya, bulan lepas.

Mickelson Gerald Wayne, 61, seorang perunding syarikat pembinaan, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Tiada pengakuan direkodkan.

Warga emas itu didakwa membunuh Guilda Mickelson, 62, juga warga Amerika di dalam bilik sebuah hotel di Lingkaran Syed Putra, Brickfields, di sini antara 5 pagi hingga 11.45 pagi, 26 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 Februari untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.