
Ini termasuk batuk kering (TB), malaria, HIV/AIDS dan hepatitis.
“Jika pekerja asing didapati dijangkiti HIV/AIDS, sifilis dan hepatitis, mereka akan dihantar pulang ke negara asal,” kata Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil dalam satu kenyataan di Borneo Post.
Jerip berkata pekerja asing dengan malaria dan TB akan diasingkan serta dirawat dalam negara.
Menurutnya, Sarawak mengalami peningkatan dalam kes sebegitu, terutama di kalangan warga asing yang bekerja secara haram.
Beliau berkata kebanyakan pekerja haram adalah dari sektor perladangan, pembinaan, kilang dan pembantu rumah.
Beliau mengulas laporan berita yang Kementerian Kesihatan mahu pemeriksaan tahunan yang sebelum ini diwajibkan, dikuatkuasakan semula.
“Kita perlu berjaga-jaga kerana kes malaria dan TB meningkat,” kata Jerip.
“Jadi, kita perlu kerjasama semua pihak untuk memastikan penyakit ini boleh dibendung dan dikawal.”
Beliau menggesa majikan menghantar pekerja asing untuk pemeriksaan kesihatan setiap tahun.
Beliau berkata dalam kes pekerja asing yang bekerja di ladang, pemilik menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan untuk mereka.
“Mereka juga menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan asas kepada masyarakat setempat,” kata Jerip sambil menyatakan penghargaan.
“Ini boleh dianggap sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR).”
Secara umumnya, kata penolong menteri itu, perlu ada pendekatan pelbagai agensi dalam menangani penyakit berjangkit yang boleh membawa maut.
Beliau merasakan terdapat keperluan kerjasama bersepadu semua agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan, Imigresen, polis, Rela, Adun dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
“Mereka boleh membantu kerajaan menangani gejala ini,” kata Jerip. “Semua orang mesti terlibat dalam pencecahan penyakit maut berjangkit daripada ia menjadi luar kawalan.”
Laporan itu memetik Kementerian Kesihatan mendedahkan 3% pekerja asing berada dalam keadaan tidak bersedia dari segi perubatan.
Pekerja asing, pada masa ini, diwajibkan melakukan saringan perubatan pertama di negara asal mereka dan 3 kali, sebelum ini, lebih 3 tahun di Malaysia.
Pemeriksaan perubatan pertama di negara ini adalah wajib. Ia perlu diselesaikan dalam tempoh sebulan semasa ketibaan.
Para pekerja asing juga memerlukan pemeriksaan perubatan wajib ke-2 sebelum permit kerja mereka boleh diperbaharui.