
“Inilah pasukan Umno yang akan turun berjuang habis-habisan, yang walak dan komited,” kata presiden Umno itu dalam ucapan penggulungannya sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 hari ini.
“Dengan timbalan saya (keturunan) Jawa, kesetiaannya saya tidak pernah ragui. Dia boleh berdiri di belakang saya dan saya tak takut,” katanya sambil menyifatkan PAU 2016 ialah perhimpunan agung terbaik yang pernah dihadirinya.
Sepanjang 5 hari perhimpunan, perwakilan menyuarakan sokongan kepada Najib dan mengecam serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap perdana menteri.
Umno kini kekurangan seorang timbalan presiden dan seorang naib presiden selepas penyandangnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat parti pada 24 Jun lalu dan Datuk Seri Shafie Apdal keluar parti pada 4 Julai lalu.
Perlembagaan Umno tiada pemangku timbalan presiden, jadi Najib memutuskan Zahid menggalas tugas jawatan nombor 2 itu sejak 26 Februari lalu, selepas Majlis Tertinggi Umno menggantung Muhyiddin serta-merta.
Terdahulu, Zahid yang juga timbalan perdana menteri sekali lagi memalu gendang perang dengan menggesa perwakilan menghadiahkan kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
“Sudah dekat pilihan raya, jentera perlu diperkasa, menangkan calon BN semua, hadiah untuk presiden kita,” kata naib presiden Umno itu dalam ucapan penggulungannya hari ini.
Menteri dalam negeri itu turut mengajak ahli Umno taat setia kepada Najib.
“Bukan hanya di dewan ini, di luar juga kesetiaan kita tidak berbelah bahagi. Marilah kita bangun untuk beri walak yang sepenuhnya kepada presiden kita,” katanya sambil melaungkan “hidup Najib” sebanyak 3 kali yang diiringi lebih 2,000 perwakilan.
“Saya dan (Naib Presiden Umno, Datuk Seri) Hishammuddin Hussein ini adik-beradik. Dulu bertiga, sekarang berdua. Sudah-sudahlah, jangan laga-lagakan kami,” katanya merujuk Shafie yang keluar parti Julai lalu.
Ahli Parlimen Semporna itu berbuat demikian susulan keputusan Majlis Tertinggi Umno menggantung keahliannya pada 24 Jun lalu.
Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Warisan Sabah pada 17 Oktober lalu bagi menyatupadukan semua kaum di negeri itu, dengan beliau sendiri sebagai presiden parti.
Parti baharu Shafie lebih berminat satukan rakyat Sabah, bukan parti