
Budiman Mohd Zuhdi berkata ini kerana di Selangor, komposisi jumlah pengundi antara orang Melayu dan bukan Melayu adalah sama.
“Sungai Besar kita ada pengalaman menang di Pusat Daerah Mengundi masyarakat Cina.
“BN di Sungai Besar juga membuka pusat komuniti pendidikan Cina di kawasan mereka. Kita berikan tuisyen percuma kepada rakan berbangsa India. Kita pastikan calon mesra orang Cina.
“Kita selamatkan nelayan Cina kerana mereka dalam kesusahan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno di sini hari ini.
Malah, katanya Datuk Seri Jamal Md Yunos, individu dilabel rasis oleh DAP yang memulakan usaha untuk menyelamatkan nelayan Cina.
“Kita nak buktikan BN ini bukan rasis dan membantu semua kaum pada saat kesusahan,” katanya.