Polis tak sentuh Orang Asli semasa tangkapan, kata Siti Kassim

Polis tak sentuh Orang Asli semasa tangkapan, kata Siti Kassim

Peguam dan aktivis itu menolak dakwaan polis menggunakan kekerasan semasa menangkap Orang Asli yang terlibat membuat sekatan laluan balak di Gua Musang.

siiti-kassiim
GUA MUSANG:
Pasukan Polis Gerakan Am (PGA) tidak seharusnya dipersalahkan susulan tangkapan ke atas Orang Asli yang membuat sekatan kepada pembalak, kata peguam dan aktivis Siti Kasim.

Katanya, pihak yang mendakwa polis menggunakan kekerasan semasa membuat tangkapan tidak benar sama sekali kerana kerja meroboh kawasan sekatan dibuat pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

“Polis hanya membantu sahaja kerana mereka diminta pihak jabatan hutan supaya menolong. Mereka juga bertindak merobohkan rumah dan kawasan sekatan.

“Memang apa yang saya tahu sewaktu tangkapan, polis tidak campur tangan. Tidak usik apa-apa. Saya nak jelaskan di sini, dakwaan polis terlibat tidak betul,” katanya kepada pemberita di perkarangan IPD Gua Musang.

Terdahulu, kesemua 47 Orang Asli yang ditahan kerana menghalang pembalakan di rizab hutan Gua Musang pada Selasa lepas dibebaskan hari ini, disambut linangan air mata keluarga yang kebimbangan.

Mengulas lanjut, Siti berkata mereka tidak dikenakan sebarang caj dan dibebaskan di bawah penguasaan polis dengan kebenaran majistret.

 

PAUTAN:

Polis bebaskan 47 Orang Asli, disambut linangan air mata

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.