
FMT tidak memperoleh jumlah sebenar Orang Asli ditahan tetapi berdasarkan maklumat peguam, kejadian itu berlaku selepas pihak Jabatan Perhutanan Kelantan meroboh sekatan yang menghalang laluan balak menerusi satu operasi hari ini.
Timbalan Presiden Jaringan Orang Asli SeMalaysia (Joas), Zurdi Baharu berkata berita gembira pembebasan kumpulan pertama yang ditahan hanya seketika susulan tangkapan terbaharu ini.
“Kita berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana membebaskan 47 Orang Asli yang ditahan pada Selasa tetap sayangnya ada lagi tangkapan di Pos Pasik hari ini.
“Saya tangkapan terbaharu ini memberi gambaran tiada jalan penyelesaian akan berlaku. Kami kecewa dengan Jabatan Perhutanan Kelantan dan menteri besar,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, peguam dan aktivis Siti Kasim berkata pihaknya belum mendapat maklumat sebenar jumlah yang ditangkap kerana gagal menghubungi pihak berkuasa. Bagaimanapun, beliau berkata ia melibatkan “selori” Orang Asli.
“Saya akan menunggu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk memastikan mereka tidak direman dan dibebaskan terus hari ini. Saya juga sudah berbincang dengan pihak majistret Kota Baharu untuk membebaskan mereka dan beliau bersetuju,” katanya.
Berdasarkan maklumat awal, semua Orang Asli yang ditahan akan dibawa ke IPD Gua Musang untuk tindakan lanjut.
PAUTAN: