
Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang membebaskan Orang Asli terbabit secara berperingkat bermula 2.50 petang tadi. Mereka sebak sebaik sahaja bertemu keluarga masing-masing yang menanti di luar balai.
“Pihak berkuasa tidak menggunakan kekerasan terhadap kami. Kami diberi layanan yang baik. Makan minum semua mereka bagi,” kata Alang Along ketika ditemui FMT.
Alang antara 47 Orang Asli yang ditahan dalam usaha Kerajaan Kelantan laluan kepada pembalakan di kawasan yang dikatakan tanah adat mereka.
Seorang lagi orang kampung, Ali Andak berkata dirinya berasa sedih sepanjang dalam tahanan pihak berkuasa.
Ahli keluarga dan orang kampung menyerbu beliau dan bekas tahanan lain sebaik mereka keluar dari perkarangan balai.
“Semasa dalam tahanan saya rasa sedih…teringat pada keluarga…tetapi saya menerimanya demi menuntut hak kami,” tegasnya.
Menurut peguam, polis hanya memperuntukan sel untuk tahanan atas permohonan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. “Kita tidak tahu mereka akan didakwa atau tidak,” kata Siti Kasim.
Selasa lalu, Jabatan Perhutanan Kelantan meroboh 2 sekatan yang menghalang laluan balak, sebelum memberkas 47 Orang Asli.
The Star memetik Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Mohd Radhie Chu Abdullah berkata mereka ditahan kerana “menceroboh di rizab hutan kekal”.
Apa salah mereka, isteri dan anak tahanan Orang Asli terseksa
Anggota perhutanan roboh sekatan, Orang Asli nyanyi Negaraku