
Malah, kedua-dua tokoh itu ialah sosialis. Dan kedua-duanya berhasrat untuk meningkatkan kehidupan golongan malang, meskipun kaedah mereka berbeza.
Syed Hussein meninggal dunia pada usia 78 tahun pada 2007.
Dengan cerut di bibirnya, Syed Hussein yang juga bekas naib canselor Universiti Malaya, memang saling tidak tumpah seperti pemimpin revolusi Cuba itu.
Dan itulah yang berlaku pada 1964 di Kuala Lumpur.
Menulis dalam Counterpunch, anak perempuannya Masturah Alatas mengenang kembali kenangan di mana wajah bapanya yang terlalu iras dengan Fidel mengejutkan Robert Kennedy, adik kepada presiden AS yang mati dibunuh, John F Kennedy.
Robert yang pada masa itu peguam negara AS berkunjung ke stesen radio di Kuala Lumpur ketika beliau nampak “Castro” sedang duduk di satu sudut bersendirian sambil menghisap cerut.
Masturah dalam tulisannya berkata Robert berbisik kepada pengarah stesen radio itu bertanya siapa lelaki yang sedang duduk di sudut itu.
Katanya, Robert kemudian dibawa bertemu Syed Hussein dan mereka sempat bersalaman dan berbual ringkas.
Masturah berkata penulis dan ahli akademik terkenal Edward W Said juga pernah melihat gambar bapanya itu dan terkejut kerana wajahnya terlalu sama dengan Fidel.
Dan pada 1983, ketika keluarga itu berada di Washington DC, ada sekumpulan anak muda mengacukan pistol mainan kepada Syed Hussein dan menjerit: “Yo Fidel!”
“Tetapi di sebalik persamaan penampilan mereka dan gurauan, bapa saya tidak pernah dianggap sebagai Fidel Castro Malaysia dalam mana-mana keadaan politik,” katanya.
Syed Hussein lahir pada 1928 ialah salah seorang pengasas Gerakan yang ditubuhkan pada 1968, pada ketika itu parti pembangkang pelbagai bangsa, dan berkhidmat sebagai senator pada awal 1970-an.
“Tetapi beliau seorang sosiologis dan akademik hampir sepanjang hidupnya, bukan pemimpin revolusi seperti Fidel Castro. Dan dia jarang mempengaruhi dasar sosial dan umum.
“Syed Hussein ialah antara orang terawal, dan kekal menjadi beberapa rakyat Malaysia yang banyak menulis tentang kejahatan sosial dan rasuah,” katanya.
Masturah kini mengajar Bahasa Inggeris di University of Macerata di Itali.
Kedua-dua Syed Hussein dan Fidel ialah anti imperialis dan sosialis.
Masturah yang juga penulis The life in the Writing berkata Syed Hussein menganggap asimilasi sosialisme ke dalam Islam sesuatu yang baik.
“Revolusi Fidel kebanyakannya tentang memberi rakyat makanan, Syed Hussein rasa apa yang Malaysia perlukan secara prinsip ialah para intelek menentang pemikiran bodoh dan ke belakang yang ada dalam golongan pemerintah,” tulis Masturah.