3 ditembak mati, 3 cedera di Pulau Pinang

3 ditembak mati, 3 cedera di Pulau Pinang

Polis menahan pengawal peribadi seorang 'Datuk' yang dipercayai terbabit dalam kejadian tembak-menembak itu

rtm-gunshot
GEORGE TOWN:
Tiga lelaki, termasuk seorang “Datuk”, ditembak mati manakala 3 lagi cedera dalam satu kejadian di lebuhraya pesisiran hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Senior Asisten Komisioner Zainol Samah malam tadi berkata polis menahan pengawal peribadi “Datuk” terbabit, berusia 32 tahun, yang berada bersama dalam kenderaan semasa kejadian tembak-menembak itu.

Polis percaya suspek turut menembak dan mencederakan seorang lagi yang cuba melarikan diri daripada kenderaan itu.

Motif kejadian masih disiasat.

Antara yang tercedera termasuk seorang jurukamera RTM. Beliau merupakan mangsa peluru sesat.

amirul

Dipercayai Mohamad Amirul Amin Amir (gambar), 28, ditembak sekali di bahu semasa memandu motorsikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menuju Jambatan Pulau Pinang, sekitar jam 7.30 malam.

Dipercayai semasa kejadian, Amirul dalam perjalanan ke tapak pesta di Sungai Nibong bersama seorang rakan pengamal media.

Bapa kepada seorang anak itu masih sedar ketika dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.