Zaid: PAS Kelantan tak kisah kebajikan Orang Asli

Zaid: PAS Kelantan tak kisah kebajikan Orang Asli

Bekas menteri undang-undang berkata kerajaan negeri Kelantan tidak mahu menolong Orang Asli kerana mereka tidak peduli.

zaid-pas
PETALING JAYA:
Datuk Zaid Ibrahim hari ini mendakwa Kelantan kurang keinginan politik untuk menjaga kebajikan rakyat Orang Asli di negeri itu.

Beliau membuat andaian itu kerana katanya ada penyelesaian mudah kepada masalah Orang Asli.

“Mereka sepatutnya buat kaji selidik yang bagus, kenal pasti kawasan tradisional untuk Orang Asli dan kemudian wartakan kawasan itu.

“Belanjakan sedikit wang, ia tidak susah, tapi mereka cuma tidak peduli,” katanya.

Zaid yang juga bekas menteri berkata selagi tiada usaha mengenal pasti tanah tradisional milik Orang Asli, semakin ramai pembalak akan memohon lesen dan ramai orang akan menuntut tanah Orang Asli.

“Anda perlu ambil kisah, tetapi inilah masalah dengan PAS. Semua yang mereka buat ditambah label Islamik di situ tetapi akhirnya, isi kosong,” katanya.

Semalam, 48 Orang Asli ditahan di Gua Musang kerana pembabitan mereka dalam sekatan menghalang pembalak masuk ke kawasan hutan itu.

Khalid Samad, yang juga bekas ahli PAS berkata beliau terkejut dan sangat kecewa dengan kejadian itu.

“Saya pasti jika Datuk Nik Aziz Nik Mat masih ada, beliau tidak akan benarkan perkara seperti ini berlaku,” katanya.

Beliau mendakwa kerajaan negeri cuba untuk mengasingkan diri daripada masalah itu.

“Kerajaan negeri kata mereka serahkan kepada pihak berkuasa, tetapi itu hanya alasan. Anda krajaan negeri, patutnya anda jumpa semua pihak terbabit dan cuba cari penyelesaian dan sepatutnya berpihak pada yang lemah.

“Asasnya anda sekadar cuci tangan tidak mahu terbabit isu itu, tak sepatutnya berlaku dalam kerajaan PAS,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.