
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Maria juga tidak sepatutnya menyentuh peluru yang diterima itu kerana ia boleh merosakkan bahan bukti.
“Dia ada buat laporan (dan) kita akan siasat. Tetapi lain kali kalau ada jumpa apa-apa (ancaman) lagi, jangan pegang nak tunjuk pada orang.
“Simpan dan jangan usik, serah untuk kita siasat,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran program Menambah Anggota Koperasi PDRM di Bukit Aman di sini hari ini.
“Jangan rosakkan bahan bukti. Polis nak ambil cap jari (pada peluru), sekarang cap jari dia saja yang kita akan dapat,” katanya.
Semalam, Maria berkata beliau menerima surat mengandungi ugutan bunuh bertulis “Last Warning, If Not R.I.P Marina & Family” berserta sebiji peluru hidup 0.45mm di rumahnya, selepas dibebaskan daripada tahanan polis 2 hari lalu.
Ancaman itu dipercayai dihantar pada malam 18 November lalu, hari sama beliau ditahan dan sehari sebelum himpunan Bersih 5.
Ia dipercayai ugutan bunuh ketiga yang pernah diterimanya.
10 hari dalam kurungan tiada tingkap, Maria Chin tak tau siang malam