
Individu terbabit adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd R Jeyenderan dan jurulatih transformasi berprestasi tinggi Syed Mohammad Murad Syed Naseem yang disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Peguam Aizzat Mustafa yang mewakili kedua-duanya memberitahu mereka dimakluman keputusan itu menerusi surat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam Mohd Faizal Mohd Salleh yang bertarikh 26 Nov.
Surat itu disampaikan kepada firma guaman Tetuan Solehuddin & Ozier.
Jelasnya, surat itu menyatakan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Selangor yang membuat keputusan NFA.
“Semua barang kes akan dipulangkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.
Pada 10 Julai lalu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli membuat laporan polis selepas mendakwa menerima mesej berunsur ugutan melalui Instagram.