Guan Eng terima kunjungan hormat imam Masjid Al-Aqsa

Guan Eng terima kunjungan hormat imam Masjid Al-Aqsa

Imam Sheikh Ali Al-Abbasi memuji Pulau Pinang kerana keindahannya dan menghormati umat Islam.

Sheikh-Ali-Al-Abbasi
GEORGE TOWN:
Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Ali Al-Abbasi membuat kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Kabinetnya hari ini.

Sheikh Ali turut dibawa meninjau pemandangan menarik bandar George Town, Selat Melaka dan 2 jambatan dari pejabat Guan Eng di Komtar.

“Masya-Allah, cantiknya. Pulau Pinang dirahmati,” katanya dalam kunjungan 20 minit itu.

Guan Eng yang ditemui selepas itu memaklumkan Sheikh Ali melakukan beberapa kunjungan di Malaysia dan singgah di Pulau Pinang.

Sheikh-Ali-Al-Abbasi2

“Kami sangat gembira menerima kunjungan Imam Ali sebagai tetamu di Pulau Pinang dan Malaysia. Dalam pertemuan singkat itu, Pulau Pinang dipuji kerana menghormati Muslim dan bukan Muslim.

“Kami gembira untuk menerima tokoh itu menjejak kaki ke Pulau Pinang,” kata Guan Eng.

Masjid Al-Aqsa ialah masjid ketiga paling suci yang terletak di Kota Lama Baitulmaqdis.

Umat Islam percaya Nabi Muhammad dibawa dari Masjid Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa dalam peristiwa Israk Mikraj, sebelum arah kiblat ditukar ke Kaabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.