
Majistret, Mahyudin Mohamad Som dalam keputusannya berkata, Noor Fauzanna Muhammad Fauzi, 24, wajar diberi peluang kedua.
Oleh itu, beliau melepaskan tertuduh dengan jaminan bon RM1,000 dan seorang penjamin tanpa cagaran mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.
Peniaga burger itu didakwa mencuri pelbagai jenis makanan, antaranya Durian D13 yang berharga RM120, Chesdale, pelembut daging yang semuanya bernilai RM210.83 milik pasar raya Aeon, Taman Maluri, Cheras pada jam 8 malam, 25 November lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia seorang ibu tunggal yang menanggung anak dan ibu menghidap kanser darah, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.