Kaya perlu taja miskin, PAGE sambut baik MRSM berbayar

Kaya perlu taja miskin, PAGE sambut baik MRSM berbayar

Pengerusi PAGE berkata sekiranya ibu bapa kaya menaja pelajar miskin lain, MRSM tidak akan menjadi sekolah hanya untuk golongan berada.

Noor-Azimah-Abdul-Rahim_mara_600
PETALING JAYA:
Cadangan agar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengenakan bayaran disambut baik sebuah kumpulan pendidikan, yang menganggap ibu bapa berkemampuan tidak perlu bergantung kepada kerajaan.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim berkata sepatutnya ibu bapa yang berkemampuan membayar kos pelajaran anak mereka sendiri.

“Malah lagi bagus mereka menaja pelajar (lain) yang tak mampu.

“Saya rasa tak mahal sangat kalau dia berkemampuan, dia taja seorang lagi. Jadi kita bagi peluang kepada mereka yang berkemampuan dan tidak berkemampuan,” katanya kepada FMT hari ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mencadangkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menubuhkan MRSM berbayar.

Ini kerana, katanya, ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan tinggi cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mahu melanjutkan pelajaran di MRSM.

Azimah berkata sekiranya ibu bapa berkemampuan menaja seorang pelajar tidak berkemampuan, MRSM tidak akan menjadi sekolah elit atau hanya untuk golongan kaya.

Selain itu, mereka yang menaja pelajar yang tidak berkemampuan itu juga seharusnya diberikan pengecualian cukai, tambahnya.

Menteri cadang wujudkan MRSM berbayar

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.