
Beliau berkata ini sama seperti memberikan kebebasan kepada negara asing untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka di Malaysia yang merupakan sebuah negara berdaulat.
Membenarkan perbuatan seumpama itu lebih jahat dan bahaya jika ia melibatkan dana daripada hartawan George Soros yang agendanya adalah untuk campur tangan dalam hal ehwal politik negara, katanya.
“Kita tidak mahu organisasi asing mempergunakan NGO tempatan sebagai platform untuk menjayakan agenda politik mereka, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi menerusi perhimpunan atau demonstrasi,” katanya.
Salleh berkata demikian ketika ditemui pada akhir Mesyuarat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN (TELMIN) ke-16 di sini, hari ini.
Beliau berkata dengan penyertaan atau penglibatan beberapa pemimpin pembangkang dalam perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur baru-baru ini, adalah jelas gerakan itu yang kononnya mahu memperjuangkan pembaharuan pilihan raya, mempunyai agenda politik.