RUU Hadi hanya mengenai hudud, meskipun dipinda, kata peguam

RUU Hadi hanya mengenai hudud, meskipun dipinda, kata peguam

Surendra Ananth berkata jaminan timbalan perdana menteri yang RUU itu bukan mengenai hudud, tetapi hanya memperkasakan mahkamah syariah, mengelirukan.

hadi-hudud
PETALING JAYA:
Cadangan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membenarkan mahkamah syarikat mengenakan hukuman lebih berat terhadap Muslim masih boleh membuka laluan kepada pengenalan terhadap pelaksanaan hudud, kata peguam.

Surendra Ananth berkata 3 kesalahan iaitu qazaf, al-lian (bagi suami) dan syurb boleh dilaksanakan di semua negeri.

Beliau berkata jaminan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada orang ramai yang rang undang-undang (RUU) itu bukan mengenai hudud, tetapi hanya untuk memperkasakan mahkamah syariah, mengelirukan.

“Ini salah tanggapan yang besar. RUU itu akan membuka laluan untuk penguatkuasaan hudud,” katanya.

Surendra, yang juga timbalan pengerusi bersama jawatankuasa undang-undang perlembagaan Majlis Peguam, berkata perkara itu perlu dijelaskan kerana ada sejumlah ahli Parlimen membuat kenyataan yang RUU itu bukan mengenai hudud.

Semalam, Hadi menunda perbahasan terhadap RUU persendiriannya untuk memperkasakan mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman sehingga 30 penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.

Pada masa ini, hukuman bagi kesalahan jenayah maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan.

Surendra berkata Kanun Jenayah Syariah Kelantan II 1993 (pindaan 2015) memperuntukkan 8 kesalahan hudud dan 3 daripadanya boleh dilaksanakan jika hukuman maksimum diluluskan Parlimen.

Beliau berkata Qazaf (tuduhan zina) dan (tuduhan zina oleh suami terhadap isterinya) membawa hukuman 80 sebatan.

Mereka yang didakwa bersalah kerana Syurb (minum arak) boleh disebat dengan minimum 40 kali dan maksimum 80 kali.

Surendra berkata tidak perlu sesiapa pun melabel RUU itu secara khusus, tetapi ia memang hudud selagi ia memperuntukkan hukuman seumpama itu.

Beliau berkata Dewan Undangan Negeri boleh membuat mana-mana kesalahan Islamik dalam perkara 1 senarai negeri, selagi hukuman bagi kesalahan dinyatakan itu dalam had yang ditetapkan Parlimen.

Surendra berkata kesan terhadap RUU itu jelas iaitu pindaan undang-undang itu akan memberi kesan terhadap setiap negeri dan bertentangan dengan struktur asas perlembagaan.

Katanya, jika mahkamah syariah diberikan kuasa (lebih besar daripada mahkamah sivil bagi sebatan), ia akan menjejaskan penghormatan yang diberikan Parlimen berhubung undang-undang jenayah.

Beliau berkata mahkamah sivil lebih tinggi sementara mahkamah syariah ialah mahkamah khusus, tetapi terhad kepada negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.