Najib pandang serius serangan ke atas Khalid Samad

Najib pandang serius serangan ke atas Khalid Samad

Semua pihak perlu menghormati institusi Parlimen, kata perdana menteri

najib-khalid-samad
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan semua pihak perlu menghormati institusi Parlimen.

Katanya beliau melihat insiden yang berlaku di Parlimen semalam yang melibatkan seorang ahli Parlimen Amanah cuba diserang sekumpulan individu adalah satu perkara yang serius.

“Saya pandang serius kejadian di Parlimen hari ini dan sebarang tindakan berunsur keganasan terhadap ahli Dewan Rakyat.

“Kejadian itu sedang disiasat dan saya yakin @PDRMsia akan lengkapkan siasatan secepat mungkin,” kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Twitter @NajibRazak malam tadi.

Dalam kejadian 11 pagi semalam, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad cuba diserang oleh sekumpulan 20 individu sebaik beliau tiba di pekarangan Parlimen.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis mengenal pasti 10 individu yang disyaki terlibat dalam insiden itu dan meminta mereka tampil untuk membantu siasatan.

Perkara biasa anak pertahan maruah bapa, kata Tajuddin

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.