Detik bersejarah, DUN Pulau Pinang hentikan jam

Detik bersejarah, DUN Pulau Pinang hentikan jam

Speaker berkata langkah itu kali pertama dilakukan sejak DUN negeri itu bersidang pada 1957.

jam-1
GEORGE TOWN: Sejarah tercipta semalam selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menghentikan jam dindingnya malam tadi bagi memberi laluan kepada rang undang-undang dibacakan selepas tamat masa persidangan.

Pada 11.58 malam, 2 sarjan mengambil jam dinding di Dewan itu dan mengeluarkan baterinya.

Ramai yang tidak perasan tindakan itu, kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) sedang menggulung ucapannya.

R S N Rayer (DAP-Seri Delima) kemudian memusing kerusinya untuk merakamkan gambar, dan ketika itu ramai Adun lain sedar mengenai situasi itu.

Tindakan itu biasa dalam kalangan badan perundangan di seluruh dunia termasuk Dewan Rakyat, menghentikan jam untuk membenarkan urusan Dewan diselesaikan.

jam-parliman

Terdahulu, Guan Eng membuat usul berbuat demikian di bawah Seksyen 118 Peraturan Mesyuarat untuk menggantung peraturan berkaitan had masa.

Ini kerana speaker hanya dibenarkan melanjutkan masa persidangan selama 15 minit selepas waktu tamat. Persidangan semalam sepatutnya tamat jam 11.30 malam.

Speaker Law Choo Kiang membenarkan penggantungan perintah masa, selepas nota suara menyokong usul itu didengar.

Ia ditangguhkan tanpa tarikh pada 1.15 pagi, susulan laluan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 dan Enakmen Perladangan Babi 2016.

Sebelum itu, Dewan juga mendengar usul untuk mengutuk kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar. Usul itu dibawa Timbalan Ketua Menteri 1 Rashid Hasnon (PKR-Pantai Jerejak).

Ketika dihubungi, Law berkata meskipun ia diamalkan di Dewan Rakyat, tetapi ia pertama kali dibuat di DUN Pulau Pinang.

“Jika ia bukan kali pertama, ia yang pertama ketika pemerintahan Pakatan di Pulau Pinang sejak 2008,” katanya.

DUN kali pertama di negeri itu diadakan pada malam menjelang Hari Malaysia pada 1957.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.